Daging lembu atau sapi Hukum_Memakan_Daging_Haiwan_Mamalia_Maun_(Mamalia_Hebivor)_Menurut_Islam

Daging lembu/sapi atau kerbau serta yang sekeluarga dengannya, sebenarnya pada azali memang sulit dan sukar untuk dicernai.Ia sebenarnya tidak baik untuk dimakan umum kecuali kepada orang yang sangat kuat akan pekerjaannya dan orang yang dalam profesion pekerjaannya memerlukan banyak tenaga tambahan. Mengikut kajian para professional perubatan, memakan daging lembu/sapi atau kerbau seumpamanya boleh mengakibatkan penyakit kanser, penyakit lepra, penyakit demam campak, penyakit kaki gajah (Elephant Foot Disease), penyakit waswas serta memudahkan pembekuan darah yang mampu menyebabkan pembengkakan yang kronik.

Ini semua berlaku apabila daging lembu yang dimakan tidak dicampurkan dengan rempah-ratus yang mampu mengatasi masalah ini daripada berlaku misalnya cili, lada putih/hitam, bawang putih, bawang merah, jintan, kayu manis, ketumbar, halia dan lain-lain. Selain itu, daging yang hendak dimasak adalah disarankan untuk direbuskan terlebih dahulu bagi membenarkan struktur daging tersebut menjadi lembut dan mudah untuk dikunyah dan dicerna.

Kepada peminat daging lembu adalah disarankan untuk memakan daging anak lembu kerana adalah lebih baik dari lembu dewasa selain ia mempunyai struktur daging yang lembut, berkhasiat, lazat dan mudah dicerna dengan baik.